Miss Simple
D'Owner


Hello , I'm Siti Najirah. I'm Single. No man no cry
Diary About Links

D'Stalker




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Napok dok mende oww? Kalu sye kbo sye okey saye okey lahhh! >,<'

0 Komen from Comel
Sudahlah sayang-Dua mata

engkau diam tanpa kata namun matamu seolah bicara
mendung di wajahmu seraya berkata hatimu telah terluka
aku ada disini untukmu, aku datang memang untuk dirimu
untuk sembuhkan luka di hatimu dengan segala maafku

reff:
sudahlah sayang jangan engkau marah
ku tak akan menyakitimu lagi
maafkan aku atas segala kesalahanku malam tadi

reff2:
genggamlah tangan ini dan jangan pernah lepaskan
peluklah tubuh ini jangan kau sia-siakan
berikanlah aku senyumanmu yang paling indah ku bahagia

repeat reff, reff2

berikanlah aku senyumanmu yang paling indah ku bahagia
berikanlah aku senyumanmu yang paling indah maafkan ku-

0 Komen from Comel


Hadis yang merekodkan Nabi Muhammad s.a.w tidak bersalam dengan perempuan bukan mahram :

1. “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/357; Sahihul Jami’, hadith no. 2509)

2. “Sesunggguhnya aku tidak menyentuh tangan perempuan” (Hadis Riwayat Al-Tabrani dalam Al-Kabir, 24/342)

3. Hadis ‘Aisyah r.a. dengan maksudnya : Dan demi Allah! Sungguh tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi baginda membai’ah mereka dengan perkataan sahaja. (Hadis Riwayat Muslim)

p/s : Jangan hanya kerana nama dan pangkat, sanggup permainkan hukum Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w. 

0 Komen from Comel
MAsyaALLAH!



Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais

Imam Besar Mekah, Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal-hal yang berkaitan agama di stesen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesen radio menerima panggilan telefon daripada seorang pendengar radio :

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : Aiwah (silakan), teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadis sahih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadis lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi (tawaf) Kaabah tanpa perasaan mal , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak-esak menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.

p/s : Allahurabbi.. Kita pula bagaimana? Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan husnul khatimah.

0 Komen from Comel


Bersaranya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat amat menyentap hati-hati manusia yang mempunyai iman. Hujan sejak pagi renyai umpama menangis. Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuanganmu menjadi 'benchmark' bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salahlaku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah, 10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah. Akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh untuk diwarisi oleh generasi sahabat..

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan..

Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia..

0 Komen from Comel
Astaghfirullah!


Realiti umat Muhammad s.a.w. hari ini. Artis diagung-agungkan, ilmu para ulama' diketepikan.. !

Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." - Hadis Riwayat Imam al-Bukhari.

0 Komen from Comel
meh blajo cakak ganu meh!

Ustaz Azhar kata orang Terengganu boleh cakap, belajar bahasa luar tapi orang luar sangat susah nak belajar dan faham bahasa Terengganu. Yeke?

Meh belajor sikit bahasa ganu Negeri Cantik, Budaya Menarik ni :

(A)
Abih Doh La : kantoi
Acu : cuba buat
Acak : Kerap
Ala Padang Doh La : menyesal, kantoi
Alohan : Alahan
Akat : angkat
Ambe : saya, aku, ana
Atah Lata : Atas Lantai
Ane : Mana?
Anok sedare : Anak Saudara
Awok : anda, kamu
Ayoh : Ayah/bapa
Ayoh sedare : Ayah/bapa saudara

(B)
Bahang : Pukul, makan, ambil, bergaduh, beli, curi, kena
Bahang Karen : Terkena renjatan elektrik
Bahang Tanoh : Mati
Bahang Rambang : Suka-suka dia je
Bakpe : Kenapa
Baloh : Berbalah, gaduh
Bang : Azan
Bak Tu La : Sebab itu, kerana itu
Bapok Besor : Besar sungguh
Belaki : Bersuami
Benok : Susah untuk mengingati
Berat nanang @ Berat 6-6 : Berat yang teramat sangat
Bewok : Biawak
Bising Banggo : Bunyi bising yang amat sangat
Bubuh : Letak, masukkan
Busuk Banggo / Busuk Kohong : Bau yang teramat busuk
Bodo : Bodoh
Bowok : Bawa
Bleber : berleter
Brahi : Suka, minat
Bubuh : Letak, simpan
Buie : Beri
Busuk Banggo / Busuk Kohong : Bau busuk yang teramat sangat
Buoh : Buah

(C)
Cakak : Cakap
Cepak : Cepat
Cocoh : Cucuh
Cokeng : Tegap

(D)
Dahi Sword : Dahi yang luas
Dalang : Dalam
Dang : Sempat
Daner / Duaner : Di mana
Debbe : Sombong
Dekut : Kedekut, bakhil
Deme : Kamu, anda, awak
Derah : Cepat
Doh : sudah
Doh Guane Gamok? : Apa citer?, Apa kes?
Dok : Tidak
Dokkang : Tak akan
Dok Ahu : Tidak tahu
Dok Ahu Starang Baroh : Sungguh tidak tahu menahu
Dok Cakak Doh : Tidak larat dah
Dok Camne : Tidak seberaba, indah kabar dari rupa
Dok Dak Mulut : Tiada selera makan
Dok Dang Starang Baroh : Tak Sempat
Dok Ket’tek Lasung : Tidak melawan
Dok Oh Lalu : Melampaui batas
Dok Pakka : Tak Boleh pakai
Dok Reti : Tidak Mengerti
Dok Rok Centong : Tak hebat, komang, lemah
Dok Soh : Jangan
Dok Soh Gaduh : Jangan Tergesa-gesa
Dok Soh Tebeng: Tak usah buat, Jangan buat
Duk : Duduk
Dumoh : Rumah

(E)
Etek : Juga
Emok : Emak/ibu

(F)

(G)
Gaha : Gosok
Geluling Bating : Jatuh / Rebah yang parok!
Gining : Macam ini
Gi Ah Lu : Pergi Dahulu
Gelap Glemat : Kegelapan yang amat sangat
Ghobok : Gerabak / Almari
Gohek : Kayuh, pandu
Gok : Juga
Gong : sombong, takbur
Gostang : Undur
Gote : Uli
Guane : Macam mana
Guane Gamok : Apa citer?

(H)
Hanyar Kubang : Bersepah-sepah
Hitam Belegang / Hitam Bletung : Warna hitam yang teramat sangat
Hebak : Hebat
Huk Aloh : perbuatan mengeluh
Hok : Yang
Hok Aku : Kepunyaan saya
Hok Tu : Yang itu

(I)
Ikang : ikan
Ikut Panda : ikut suka, ikut kepandaian
Itang Bletung : Warna yang sangat hitam, sangat kotor

(J)
Jahat mung : Jahat kamu
Jeng Kreng : Kantoi
Jilat Chok : Mati, Meninggal dunia
Jijang : Zizan
JKK : Jin Kuca Kampung

(K)
Kabo : Bagitahu, memberitahu
Kang : kan
Kakah Ning : Dia, kamu, anda
Kecek : Kecil
Kekgi : sebentar lagi, kejap lagi
Kelih : Tengok
Kemah Keming : tidak akan berganjak
Kemang Mulut : Poyo
Kening Pe Anok Berok : Bulu Kening Serupa Anak Beruk
Kerah : Keras
Kerah Khejung : Kaku
Kerek : Kerap
Ketik : digigit, disengat
Ke Guane? : Macammana?
Khande : Keranda
Khekoh : Menggigit
Khekoh Rima : Dibaham harimau
Khetok : Gelang kaki
Klepek : Curi
Kuak : Kuat
Kuca : Kacau
Kuruh Khekek : Sangat kurus, Kurus kering
Koho : semakin
Kolumpo : Kuala Lumpur
Komang Spanar : tidak hebat
Komat /Komak : Iqamah
Kona leper : Lalu selekoh tajam
Koya : Khayal
Kok Kak Kok Kak : Suara Terlekat-lekat
Kuning Siow : Warna kuning yang amat terang
Kupit : kedekut, bakhil

(L)
Lambo : Beranda rumah
Lapo : Lapar
Lebong : Penipu
Lepok : pukul
Lecu : Lipstik
Lenggok : Dongak kepala
Lepah : Lepas
Lepee : Mengambil selekoh
Lu : Dulu, dahulu
Luga / Luga Perut : Loya
Loh Gi Ah : buat je
Lok : Biar
Lomo : Lumur, sapu

(M)
Malu Muke : Tak sanggup bersua muka
Manis Leting : Manis yang amat sangat
Mamoh : Makan
Main Tere : Main Puteri
Main Ton Nusuk : Bermain sembunyi-sembunyi
Maroh : Marah
Mapuh : Mati , meninggal dunia
Mapuh Kerah : Mati katak
Makang Kedaroh : Makan Banyak
Makang ka'kambing : dimakan oleh kambing.
Makgat : Mudguard
Mane se : Mana satu?
Masang Rebang : Bau terlampau masam
Masang catung : Muka masam/marah
Mayang : Solat, sembahyang
Mende / Mende gok: Apa? Benda?
Meroh Nyale : Warna merah yang amat terang
Meksi : Nurse
Mete : eksyen, sombong
Moktang : Rambutan
Molek : Comel, cantik
Molek-molek ade : dapat buat dengan jayanya
Molok : Tamak
Mok : Mak/ibu
Mok sedare : Ibu Saudara/Emak saudara
Mung : kamu, Anda
Mussang : Pemarah
Musing Ketang : Berpusing-pusing

(N)
Nabasiti : University
Nadoh : Belajar
Naik Raa : Bernafsu
Nakut : Penakut
Noneng : Tergantung
Nang : Enam, 6
Napok Ngat : Sangat Ketara
Natang : Binatang, haiwan
Natang ning / Nate ning: kamu, dia, anda
Natu : Menantu
Nawok : Tipu
Nder Gok : Apa Benda?
Nitik : Menitis
Nitik Air Liur : Bernafsu
N’ja : Sepak
Ngat : Sangat
Ngidam : Mengidam, teringin
Ngata Rawe : Menrata-rata
Ngopek : Menyusu
Nok : Hendak, Mahu
Nok-nok Ari : Tiap-tiap Hari
Nok Mapuh Le Le : Nazak
Nopak : Melompat
Nyampai : Sampaikan, Menyampai
Nyek : lenyek, henyut
Nyekit : Sakit hati

(O)
Opoh : Opah/nenek

(P)
Padang Doh : Susah Cukup
Padang Doh La : Kantoi
Pahit Leppang : Rasa pahit yang teramat sangat
Pah : Lepas
Pah Kuane : Di mana?
Pah Guane : Macam mana?
Pah Tu : Selepas itu
Pak : Empat
Pata : Pantai
Payang : Tempayan
Pale Mayat : Harta pusaka yang dapat kepada suami/isteri
Parok : Banyak sangat / terlalu banyak
Pecoh : Pecah
Pedas Dessit : Rasa pedas yang amat sangat
Pelawok / Plawok : Penipu
Pekok Badok : Tidak dengar kata
Pitih : Duit, wang
Pisoh Doh : Bercerai
Pioh : Kopiah
Piye : Siapa Dia?
Puang : Perempuan, wanita
Pulah Cawah : Rusing
Pulok Doh : Ye La tu
Putih Seleput: Warna putih yang teramat sangat
Pong : Pun

(Q)

(R)
Rajuk : Plastik
Rata Mah : Rantai Emas
Ratik : Tahlil
Ratoh : rantah
Reboh Geluling : Jatuh, Rebah
Redoh : Redah
Rel’la : Pecah
Rembat : ambil
Retep : Juga
Retus : Memetik
Reyok Repang : Sangat bengkok
Rima : Harimau
Rohok : Susah, Payah
Rohok Dok Oh Lalu : Terlampau susah / payah
Rohok Nguh : Leceh
Rohok Dok Patut : Susah yang amat sangat / teramat susah
Rok : Semak samun
Rokok’ : Rukuk
Royak : Bagitahu

(S)
Sak’kok : Menghalang laluan/ lalu lintas
Saksobar : Absober
Samah : 50 sen
Sapa : Sampai
Sapeye : Siapa dia?
Se : Satu
Sejid : Masjid
Sekat : Singkat
Sekut : Biskut
Senyak Tupah : Tak berkata apa-apa, diam, tidak melawan
Serbang : Kebas
Setang : Syaitan
Sep’poh : Banyak sangat/bersepah
Siang : Kasihan
Smula la pulok : Lain kali
Soheh : Sahih
Sokbeng : Jangan
Sokmo : Sering, selalu, acap kali, kerap
Spatoh : Sepatah
Stak : Mula, start
Starang : Sungguh
Stewong : ?
Stik : Jentik
Sting : Bernafsu
Supe Tule : serupa itu, tidak berubah
Supik Glenya : Plastik
Sura : Surau

(T)
Takboh : Tak nak, tak mahu, tokse
Takdok / tadok : Tak ada
Tang : Pukul, Tumbuk
Tangga : Tercabut
Tapo : Penampar Jepun!
Tebeng : Buat, cuba
Terbalik kot : tak berapa betul, 3/4
Tiok : Ketiak
Tiung : Bercium
Tobak ah : Sungguh
Tok Laki : Suami
Tok Peti : Mufti
Tonyoh : Menekan menggunakan jari
Tupak : Ketupat
TV 3 Suku : TV3

(U)
Ubuh : Letak
Ubuh Dalang Kotok : Simpan mayat dalam keranda
Ustak : Ustaz
Ustak Enjeng : Start Enjin
Utusang Meloya : Utusan Melayu

(V)

(W)
Waner? : macam mana?
Wahi Ngak : Suka sangat
Wak : buat
Wak Gane: Buat macammana
Wak Lolok : Pura-pura
Wok Tu : Yang Itu
Wok Ane Se : Yang mana satu?

0 Komen from Comel